10 peserta Promosi Win With Helix dipilih

10 peserta Promosi Win With Helix dipilih

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Sept – Seramai 10 orang peserta Promosi Win With Helix dipilih daripada 25 nama yang menyertai cabutan bertuah Pusingan Awal yang berlangsung di ruang lobi Bangunan Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB) di ibu negara, hari ini.

Mereka yang dipilih oleh wakil-wakil media ini akan menyertai Acara Kemuncak Cabutan Promosi Win With Helix yang akan diadakan pada 28 September ini di Ruang Atrium, The Mall Gadong. Hadir menyaksikan cabutan hari ini ialah Ketua Penjenamaan dan Komunikasi BSM, Awang Mohd Adini bin Haji Mohd Dani, pihak pengurusan BSJV dan kakitangan BSM.

Menurut Pengurus Projek Win With Helix, Haji Zainie bin Haji Suhaili, 10 orang peserta cabutan ini akan memasuki tiga pusingan semasa cabutan utama yang mana pusingan pertama akan menyingkirkan lima peserta, diikuti pusingan kedua menyingkirkan tiga peserta dan akhirnya dua finalis akan mara ke pusingan akhir. Peserta bertuah akan memenangi hadiah-hadiah menarik antaranya sebuah kereta, percutian ke Korea dan percutian sambil menyaksikan perlumbaan Formula 1 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Malaysia.

Wakil media dari Borneo Bulletin, James Kon menerima sijil penghargaan daripada Awang Mohd Adini.
Wakil media dari Borneo Bulletin, James Kon menerima sijil penghargaan daripada Awang Mohd Adini.
Salah seorang wakil media ketika mencabut nama bertuah dalam pusingan awal promosi ini.
Salah seorang wakil media ketika mencabut nama bertuah dalam pusingan awal promosi ini.

Bagi memeriahkan acara sepanjang cabutan utama itu kelak, BSM akan mengadakan pameran produk dan perkhidmatan, promosi istimewa dan beberapa aktiviti menarik serta permainan di petak mereka.

Sehubungan itu, orang ramai dialu-alukan untuk datang ke acara tersebut bagi sama-sama memberi sokongan dan memeriahkan lagi acara kemuncak Promosi Win With Helix.

ARTIKEL YANG SAMA