10 reaktor nu...

10 reaktor nuklear dibina untuk penjanaan kuasa

NEW DELHI, 18 Mei – Kerajaan India telah memberikan kebenaran untuk membina 10 reaktor nuklear di negara ini untuk meningkatkan penjanaan kuasa, kata pegawai hari ini.

Kelulusan untuk membina reaktor bertekanan berat air (PHWRs) bagi penjanaan kuasa nuklear, telah diberikan oleh kerajaan persekutuan semasa mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Narendra Modi pada petang Rabu.

“Kabinet telah meluluskan untuk memasang 10 PWHRs yang asli untuk dibina,” kata menteri kuasa Piyush Goyal pada sidang akhbar selepas mesyuarat kabinet.

Menurut Goyal, PWHRs yang baru itu akan membantu menghasilkan tenaga bersih dan menambah 7,000 MW kuasa kepada Negara. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA