10 sekeluarga terima hidayah

10 sekeluarga terima hidayah

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

TEMBURONG, 2 Nov – Sebuah keluarga seramai 10 orang yang berbangsa Iban telah memilih agama suci Islam sebagai pegangan hidup mereka setelah melafazkan dua kalimah syahadah, baru-baru ini.

Majlis pengislaman keluarga Nabau anak Asun yang memilih nama Islamnya sebagai Awang Muhammad Syahir bin Muhammad Adam telah berlangsung di kediaman Penghulu Mukim Amo, Haji Bahrum bin Haji Talip di Kampung Selangan, Jalan Batang Duri, Mukim Amo dan dikendalikan oleh para pegawai dari Unit Dakwah Daerah Temburong.

Hadir menyaksikan majlis penuh keberkatan itu selaku tetamu kehormat ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

Pada hari yang sama, Jumaat lalu, tiga orang saudara baru termasuk seorang perempuan dan dua lelaki, juga berbangsa Iban, turut diraikan.

Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi di samping jemputan khas turut menyerikan majlis pengislaman sebuah keluarga sepuluh orang berbangsa Iban.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi di samping jemputan khas turut menyerikan majlis pengislaman sebuah keluarga sepuluh orang berbangsa Iban.
Majlis Pengislaman keluarga Nabau anak Asun yang diadakan di kediaman Penghulu Mukim Amo.
Majlis Pengislaman keluarga Nabau anak Asun yang diadakan di kediaman Penghulu Mukim Amo.

ARTIKEL YANG SAMA