10 soalan untuk PL 2017-18

LONDON, 11 ogos – Dengan musim baru Liga Perdana bakal membuat sepak mulanya awal pagi esok, AFP Sport mengutarakan 10 persoalan menjelang kempen baru ini:

Adakah Conte mampu elakkan kemerosotan musim-kedua?

Hanya tiga bulan selepas menjulang trofi Liga Perdana, pengurus Chelsea, Antonio Conte menggambarkan musim baru ini sebagai paling ujian ‘paling sukar’ dalam kerjayanya.

Dalam dua musim sebelum ini, Chelsea dan Leicester telah menyaksikan kedua pengurus mereka dipecat kurang setahun selepas memenangi gelaran.

Conte telah membelanjakan lebih 100 juta pound (AS$130 juta) ke atas Alvaro Morata, Tiemoue Bakayoko Antonio Rudiger bagi mengelakkan menjadi juara ketiga digulingkan.

Musim baru ini Liga Perdana pasti menjadi ujian paling sukar buat Conte. – AFP
Musim baru ini Liga Perdana pasti menjadi ujian paling sukar buat Conte. – AFP
Menang Perisai Komuniti belum pasti marah peminat pada Wenger reda. – AFP
Menang Perisai Komuniti belum pasti marah peminat pada Wenger reda. – AFP

Dapatkan Wenger ubati luka lama?

Meskipun menamatkan musim lepas dengan berterima kasih kepada kejayaan mereka dalam Piala FA ke atas Chelsea, luka masih dalam di Arsenal ke atas kurangnya kejayaan dicapai oleh Arsene Wenger dalam Liga Perdana dan Eropah dalam 13 tahun kebelakangan ini.

Gagal melayakkan diri ke Liga Juara-Juara buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun, Arsenal mesti membuat permulaan pantas dan mengelakkan nasib malang musim sejuk mereka bagi mengekalkan penyokong mereka daripada ‘mengganas’ lagi.

Sudahkan Guardiola terima pengajaran Inggeris?

Gagal mengulangi dominasinya bersama Barcelona dan Bayen Munich, Pep Guardiola mengakui bahawa musim tanpa trofinya bersama Manchester City sudah belajar dari pengalaman.

Berbelanja lebih 200 juta pound ke atas enam pemain baru, termasuk Kyle Walker dari Tottenham Hotspur dan dua pemain Monaco, Benjamin Mendy dan Bernardo Silva, telah memberikan Guardiola berada di kedudukan lebih kukuh bagi cabaran besar kali ini.

Kejayaan di Sepanyol ternyata bukan tiket untuk Pep menyerlah di England. – AFP
Kejayaan di Sepanyol ternyata bukan tiket untuk Pep menyerlah di England. – AFP

Mampukah Mourinho buktikan diri?

Musim pertama Jose Mourinho di Manchester United boleh dikatakan berjaya, dengan kekecewaan di tangga keenam dalam Liga Perdana ditebus dengan trofi Liga Europa dan Piala Liga.

Tidak berpuas hati dengan itu, Mourinho telah membelanjakan lebih 140 juta pound ke atas Romelu Lukaku, Nemanja Matic dan Victor Lindelof dalam usaha United untuk memenangi gelaran pertama liga sejak 2013.

Mampukah Spurs buat tolakan terakhir?

Pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino telah mengumpulkan pasukan yang mampu menyaingi pasukan lain, tetapi dua tahun berturut-turut mereka seperti kekurangan sesuatu dalam pemburuan gelaran.

Setelah selesai tujuh mata di belakang Chelsea musim lepas, Spurs masih belum membuat sebarang pembelian pemain, sementara penjualan Walker ke City dan bermain selama semusim di Wembley sebagai gelanggang sendiri telah menambah masalah Pochettino.

Klopp masih banyak perlu dibuktikan di Anfield. – AFP
Klopp masih banyak perlu dibuktikan di Anfield. – AFP

Adakah Reds serasi dengan Klopp?

Tetapi dengan Barcelona mengejar bintang mereka, Philippe Coutinho, memenangi gelaran liga pertama sejak 1990 pasti menjadi pencapaian luar biasa bagi Klopp.

Mampukah Lukaku buktikan ‘harga diri?’

Menolak tawaran daripada bekas kelabnya, Chelsea, Lukaku telah memilih untuk menyertai Manchester United dengan perjanjian bernilai 75 juta pound, yang merupakan rekod perpindahan antara kelab British.

Lukaku telah menjaringkan 85 gol dalam Liga Perdana dalam lima musim kebelakangan ini dan kebolehan pemain berusia 25 tahun itu untuk menggantikan Zlatan Ibrahimovic akan menjadi kunci aspirasi gelaran United.

Sejauh mana Everton boleh pergi?

Mendapat semangat selepas menamatkan di tangga ketujuh musim lepas, pengurus Everton, Ronald Koeman mengintai untuk memecahkan empast pasukan teratas.

Menggunakan wang hasil penjualan Lukaku, dia telah membawa masuk bekas bintang kelab itu, Wayne Rooney, sementara membelanjakan lebih 90 juta pound ke atas pemain seperti Davy Klaassen, Michael Keane dan Jordan Pickford.

Adakah Lacazette mampu pikul harapan Arsenal?

Dengan masa depan penyerang Arsenal, Alexis Sanchez masih dalam kekaburan, penyerang Perancis, Alexandre Lacazette tiba sebagai penyelasaian jangka panjang bagi serangan Arsenal selepas rekod perpindahan dari Lyon.

Lacazette menjaringkan 37 gol dalam 45 perlawanan musim lepas dan Wenger terdesak mahu pemain berusia 26 tahun itu mengulangi prestasinya itu dalam Liga Perdana.

Apa kisah Leicester seterusnya?

Ia kelihatannya sudah lama berbanding 15 bulan sejak kisah dongeng Leicester City memenangi gelaran pada 2016.

Kempen teruk dalam mempertahankan gelaran dan pemecatan mengejut Claudio Ranieri telah menimbulkan persoalan mengenai watak pemain, tetapi kemaraan ke suku akhir Liga Juara-Juara di bawah kendalian Craig Shakespeare memberikan petanda baik. – AFP