10 suspek penjenayah Mexico terbunuh

10 suspek penjenayah Mexico terbunuh

BANDAR MEXICO, 14 Mac (AFP) – Pihak berkuasa membunuh sekurang-kurangnya 10 tersangka penjenayah di utara Mexico semalam tatkala geng mereka menyekat jalan raya dengan kenderaan terbakar dalam usaha untuk menghalang operasi kartel anti-dadah.

Tentera, polis persekutuan dan marin mengambil bahagian dalam operasi pada awal subuh di Reynosa, sebuah bandar yang bersempadan dengan Amerika Syarikat yang telah menjadi tempat berlakunya perang sempadan ke atas kawalan laluan penyeludupan dadah bertahun-tahun lamanya.

Marin bertempur dengan penjenayah yang menggunakan kenderaan sport-utiliti di sebatang jalan, meninggalkan empat tersangka terbunuh, kata pasukan petugas keselamatan negeri Tamaulipas dalam satu kenyataan.

Pertempuran pertama mendorong penjenayah merampas kereta, trak dan bas pengangkutan awam, yang dibakar oleh mereka untuk menyekat beberapa jalan, taktik biasa yang digunakan oleh geng di Tamaulipas untuk mengelak daripada ditahan.

Kejadian tembak-menembak lain meletus di bandar, meninggalkan enam tersangka terbunuh di dua kawasan Reynosa, kata kenyataan.

Sebuah kenderaan tentera terbalik ketika satu kejadian kejar-mengejar, meninggalkan empat tentera dengan kecederaan ringan, menurut kenyataan daripada pasukan petugas, yang termasuk anggota keselamatan persekutuan dan keselamatan.

Sekatan jalan dibatalkan empat jam selepas mereka didirikan oleh geng. Kartel dadah Gulf dan Zetas adalah bekas sekutu yang telah bertempur untuk mendapatkan kawalan perniagaan dadah di rantau itu, yang merupakan salah satu paling merbahaya di Mexico.

Namun pihak berkuasa telah menyalahkan kebanyakan keganasan sejak 2014 ke atas pergelutan kuasa dalam kartel Gulf.

Kerajaan persekutuan mempertingkat kawalan tentera ke atas keselamatan di Tamaulipas pada Mei 2014 selepas peningkatan dalam keganasan kartel. Geng tersebut masih menimbulkan huru-hara.

ARTIKEL YANG SAMA