10 terbunuh, 50 cedera kemalangan 3 kenderaan

10 terbunuh, 50 cedera kemalangan 3 kenderaan

GHAZNI, Afghanistan, 8 Mei (Xinhua) – Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan 50 yang lain cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di wilayah timur Afghanistan Ghazni hari ini, kata seorang pegawai tempatan.

Dua bas jarak jauh dan lori minyak terbabit dalam kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Kabul-Kandahar di kawasan Laram daerah Muqur, menurut pegawai itu memberitahu kepada Xinhua.

“Laporan awal menunjukkan bahawa 10 orang terbunuh di tempat kejadian manakala 50 yang lain cedera akibat kemalangan yang berlaku pada kira-kira 06:40 pagi waktu tempatan,” menurut sumber itu sebagai berkata. Nahas itu menyebabkan kenderaan terbakar, kata sumber itu.

Anggota tentera Afghanistan dan unit polis tiba di tempat kejadian sejurus selepas kemalangan itu. Mangsa yang cedera, mengalami patah tulang dan kebakaran yang teruk, telah dipindahkan ke hospital berdekatan.

“Jumlah korban itu mungkin meningkat apabila kebanyakkan yang cedera berada dalam keadaan kritikal,” katanya.

Kedua-dua bas itu dalam perjalanan dari ibu negara Afghanistan, Kabul, ke wilayah Kandahar selatan.

Memandu secara laju mungkin menjadi sebab bagi kemalangan maut itu dan siasatan terhadap kemalangan itu sedang dijalankan, menurut sumber itu.

ARTIKEL YANG SAMA