10 terima sijil tamat kursus Kelas Menjahit

10 terima sijil tamat kursus Kelas Menjahit

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 25 Jun – Seramai 10 orang di kalangan penduduk Kampung STKRJ Lorong Tiga Selatan Seria telah menamatkan Kursus Kelas Menjahit, dan menerima sijil penyertaan mereka di Sekolah Vokasional Sultan Bolkiah (SVSB), hari ini.

Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Ketua Kampung STKRJ Lorong Tiga Selatan Seria, Haji Saidin bin Haji Ibrahim sambil disaksikan bersama oleh pengetua sekolah tersebut dan ahli-ahli majlis perundingan kampung berkenaan.

Kursus yang bermula pada 3 Mei dan berakhir 13 Jun lalu itu merupakan salah satu aktiviti Tanggungjawab Korporat Sosial SVSB yang ditumpukan bagi kalangan ibu tunggal, saudara-saudara baru dan para belia di kampung berkenaan yang belum mempunyai sebarang pekerjaan.

Antara lain tujuannya adalah untuk memberikan latihan dan kemahiran kepada para peserta dalam bidang menjahit pakaian dan sebagainya agar ia akan dapat dijadikan sebagai satu pendapatan untuk meningkatkan ekonomi mereka.

Antara para peserta semasa menjalani kursus menjahit selama sebulan.
Antara para peserta semasa menjalani kursus menjahit selama sebulan.
Haji Saidin menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta kursus.
Haji Saidin menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta kursus.
Haji Saidin bersama peserta kursus dan juga ahli-ahli majlis perundingan kampung tersebut.
Haji Saidin bersama peserta kursus dan juga ahli-ahli majlis perundingan kampung tersebut.

Haji Saidin juga memberitahu, melalui kursus itu adalah diharapkan para pesertanya akan dapat memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan mengambil upah menjahit pakaian dan sebagainya.

“Dengan kursus yang disertai oleh para peserta ini, ia akan dapat memberi peluang kepada mereka yang berkenaan untuk memulakan perniagaan dengan mengambil tempahan, lebih-lebih lagi pada musim menjelangnya sambutan Hari Raya Aidilfitri,” ujarnya.

ARTIKEL YANG SAMA