10 terkena renjatan elektrik semasa bantahan

10 terkena renjatan elektrik semasa bantahan

GAUHATI, India, 11 April (AP) – Seramai 10 orang terkena renjatan elektrik hari ini akibat wayar bervoltan tinggi yang jatuh ke atas mereka semasa sedang membuat tunjuk perasaan di luar balai polis di negeri Assam, menurut polis.

Ratusan orang dengan bersenjatakan belantan kayu dan panah menyerbu ke balai polis menuntut polis menyerahkan kepada mereka dua suspek yang ditangkap membunuh dua orang komuniti anggota pekerja teh minggu lalu, kata pegawai polis S.N. Singh.

Singah mengatakan ketika polis menembak ke udara untuk menyuraikan orang ramai berkenaan, beberapa peluru terkena kabel bergantung, yang terjatuh ke atas penunjuk perasaan di bandar Pengeri, 550km timur Ghauhati, bandar negeri Assam.

Dalam kejadian penembakan polis berkenaan, seorang juga telah terbunuh, kata Singh.

ARTIKEL YANG SAMA