10 terselamat bot karam di Tawau

10 terselamat bot karam di Tawau

TAWAU, 28 Sept – Seramai 10 penumpang bot berjaya diselamatkan selepas bot jongkong yang dinaiki mereka karam di perairan daerah ini, pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Supt Mustafa Maaruf Mustafa berkata kesemua mangsa yang terdiri enam wanita dan empat lelaki itu berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung yang berada di sekitar lokasi kejadian.

“Semasa kejadian itu kami menerima laporan mengenai satu bot jongkong yang dalam perjalanan dari Sungai Melayu menuju ke pelabuhan Tawau, karam. – Bernama