10 wakil berlepas ke Korea

10 wakil berlepas ke Korea

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Sept – Seramai 10 orang yang terdiri daripada pemuzik dan penari yang mewakili Negara Brunei Darussalam untuk menyertai Pameran Pelancongan dan Kebudayaan ASEAN, telah berlepas ke Korea, hari ini.

Rombongan itu termasuk lima orang penari Flynn Dancers & Entertainment, empat orang pemuzik dari Kumpulan Irama Bahtera dan ketua rombongan dari Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Awangku Zulkhairi bin Pengiran Abdul Razak.

Ketua Pemuzik, Pengiran Mohd Yussof bin Pengiran Haji Damit, ketika ditemu bual Media Permata menjelaskan pihak penganjur telah menaja sepenuhnya wakil dari negara-negara ASEAN untuk membuat persembahan bercorak tradisional yang bermula dari 1 hingga 3 Oktober ini.

Para pemuzik dan penari yang mewakili Negara Brunei Darussalam untuk menyertai Pameran Pelancongan dan Kebudayaan ASEAN di Korea.
Para pemuzik dan penari yang mewakili Negara Brunei Darussalam untuk menyertai Pameran Pelancongan dan Kebudayaan ASEAN di Korea.

Persembahan yang bertemakan ‘Mask dan Drum dances of ASEAN’ itu akan diadakan Pusat kebudayaan Asia di Gwangju pada 1 Oktober dan dari 2 hingga 3 Oktober pula, mereka akan membuat persembahan di Mask Dance Park, Andong.

Beliau menjelaskan, di sana nanti mereka akan mencuba sedaya upaya mereka untuk mengharumkan nama negara di samping turut menyaksikan pelbagai persembahan daripada negara-negara lain.

ARTIKEL YANG SAMA