10 warga asing ditahan

10 warga asing ditahan

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Jan – Seramai 10 orang lelaki warga asing yang gagal menunjukkan sebarang dokumen yang mengandungi pas imigresen yang masih sah telah ditahan sementara di Balai Polis Pusat Bandar Seri Begawan untuk siasatan lanjut.

Kesemua mereka ditahan dalam operasi Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) dinamakan Operasi KESAN JIPK 07/2016 ke atas dua sasaran bilik sewa dan rumah sewa berasingan di Mukim Serasa dan Mukim Kota Batu, tengah malam tadi.

Operasi yang melibatkan 15 orang pegawai penguat kuasa dengan diketuai oleh ketua pegawai imigresen itu bermula jam 10 malam dan berakhir jam 2 pagi tadi.

Bagi menyokong usaha penguatkuasaan undang-undang, pihak jabatan mengalu-alukan kerjasama orang ramai bagi sama-sama memberikan maklumat berhubung dengan pesalah imigresen dengan menghubungi Hotline JIPK di talian 8734888 dan 8753888.

Sebarang maklumat dan nama pemberi maklumat akan dirahsiakan sepenuhnya.

Pegawai bertugas membuat catatan ke atas warga asing gagal menunjukkan pas Imigresen yang sah.
Pegawai bertugas membuat catatan ke atas warga asing gagal menunjukkan pas Imigresen yang sah.
Pegawai bertugas menyoal berhubung dengan status pas imigresen kepada salah seorang pekerja asing.
Pegawai bertugas menyoal berhubung dengan status pas imigresen kepada salah seorang pekerja asing.

ARTIKEL YANG SAMA