100 anggota polis dikerah kawal lalu lintas

100 anggota polis dikerah kawal lalu lintas

MANILA, 7 Sept (AFP) – Filipina mengerah lebih seratus orang anggota polis khas ke jalan-jalan raya di ibu negara hari ini untuk cuba mengurangkan masalah besar lalu lintas yang dikatakan menelan kos negara $53 juta sehari.

Menurut polis, 150 orang anggota polis ditugaskan ke enam ‘tempat sesak’ di jalan raya besar utama Metropolitan Manila, 24 kilometer Epifanio de los Santos Avenue – yang lebih dikenali sebagai EDSA.

Kesesakan lalu lintas di ibu negara yang mempunyai penduduk lebih 13 juta orang telah menjadi isu besar dengan bilangan bertambah orang ulang-alik yang menyalahkan kerajaan Presiden Benigno Aquino. “Diharapkan ia akan mengubah keadaan tetapi lalu lintas adalah masalah rumit,” kata jurucakap Aquino, Herminio Colona.

“Terdapat penyelesaian jangka pendek tetapi kami juga perlukan penyelesaian jangka panjang.”

Ketua kumpulan peronda lebuh raya polis, Ketua Superintenden Arnold Gunnacao, memberitahu forum Kongres bahawa anggota-anggotanya membuat kemajuan, dengan mengeluarkan kenderaan yang diletakkan di tempat yang ditegah dari jalan raya dan memaksa para pemandu untuk lebih berdisiplin.

Kajian Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun, yang dikeluarkan pada tahun 2014, mendapati bahawa kesesakan lalu lintas di Metro Manila telah menelan kos negara 2.4 bilion peso sehari dan bertanggungjawab bagi kebanyakan pencemaran udara.

Bandar raya utama telah lama berdepan dengan jalan raya yang semakin teruk dan sistem landasan kereta api, terlalu banyak kenderaan di jalan raya, pemandu-pemandu yang tidak berdisiplin dan ketiadaan perancangan bandar yang memaksa ulang-alik yang panjang.

Bandar ini juga amat penuh sesak, dengan kajian JICA mengatakan ia mempunyai 191 orang setiap hektar berbanding 146 orang di Tokyo.