100 jet Eropah, AS sertai eksais Artik

100 jet Eropah, AS sertai eksais Artik

OSLO, 25 Mei (Reuters) – Sekitar 100 jet pejuang dari Amerika Syarikat dan lapan negara-negara Eropah memulakan latihan Artik di negara Nordic hari ini, sebuah rantau yang dibimbangkan dengan peningkatan aktiviti tentera Rusia.

Latihan yang berpangkalan di utara Norway, Sweden dan Finland bersama 4,000 kakitangan, adalah dihasratkan untuk menguji kerjasama di kalangan negara-negara Artik berhampiran Rusia. Ia telah dirancang sebelum pengilhakan rantau Crimea Ukraine tahun lepas yang menimbulkan ketegangan serantau.

“Tujuannya adalah untuk melatih unit-unit dalam mengorkestrakan dan menjalankan operasi kompleks udara, juga merapatkan hubungan rakan-rakan NATO,” ujar brigedier jeneral Norway, Jan Ove Rygg yang mengetuai eksais itu dalam satu kenyataan.

Eksais itu bermula 25 Mei hingga 5 Jun, merupakan salah satu eksais jet pejuang terbesar di Eropah tahun ini dan kedua daripada jenisnya selepas yang pertama pada 2013. Pelan bagi eksais itu setiap dua kali setahun, menguji semuanya daripada penembakan sasaran melalui udara hingga kepada pengisian semula bahan api di pertengahan udara.

Anggota NATO yang terlibat adalah Amerika Syarikat, Jerman, Britain, Perancis, Netherlands dan Norway, serta bukan anggota, Sweden, Finland dan Switzerland, yang berkaitan dengan perikatan melalui perkongsian NATO bagi keamanan.

Rusia telah mempertingkatkan kegiatan ketenteraan di sekitar rantau Nordic dan Baltic. Serangan mendadak ke arah ruang udara telah menggelisahkan negeri-negeri Baltic, dan Sweden tahun lepas memburu dengan sia-sia sebuah kapal selam yang disyaki berada dalam perairannya.

ARTIKEL YANG SAMA