100 kanak-kanak diceriakan

100 kanak-kanak diceriakan

Oleh Noorhamzan Haji Mohd Mosbi

 

TEMBURONG, 22 Julai – DST menerusi inisiatif amal ‘Ehsan Kasih’, hari ini, membawa keceriaan kepada lebih 100 orang kanak-kanak berkeperluan khas di Daerah Temburong dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di Dewan Kompleks Bumiputera, Pekan Bangar, di sini.

Pada majlis itu, di samping menikmati juadah hari raya, kanak-kanak berkenaan turut dihiburkan dengan persembahan Melodi Hari Raya oleh kakitangan DST, serta menerima duit raya dan beg kudap-kudapan.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan sumbangan ialah Pengurus Besar Anak Syarikat Kumpulan dan Perkhidmatan Pelanggan DST, Haji Matnarudin bin Ibrahim.

Tetamu kehormat ketika menyerahkan duit raya dan beg kudap-kudapan kepada kanak-kanak yang hadir pada majlis tersebut.
Tetamu kehormat ketika menyerahkan duit raya dan beg kudap-kudapan kepada kanak-kanak yang hadir pada majlis tersebut.
Persembahan Melodi Hari Raya.
Persembahan Melodi Hari Raya.

Turut hadir ialah Pemangku Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Dayang Noryani binti Haji Abdul Rani dan Ketua Pusat Kanak-kanak Berkeperluan Khas (KACA), Daerah Temburong, Dayang Aisah binti Haji Jumaat.

Sambutan hari ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat DST dalam usaha berkongsi kemeriahan dan menunjukkan pemedulian, kasih sayang dan keprihatinan terhadap masyarakat berkeperluan khas terutama semasa Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Majlis sambutan seumpamanya akan terus diadakan di Daerah Brunei dan Muara, Belait dan Tutong pada minggu-minggu akan datang.

ARTIKEL YANG SAMA