100 murid Pra dirai dalam majlis konvo

100 murid Pra dirai dalam majlis konvo

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 27 Nov – Hampir 100 orang murid-murid Pra Sekolah Rendah Sungai Tali, Lumut II, di sini, yang telah menamatkan pembelajaran asas mereka di peringkat Pra Sekolah pada tahun ini telah diraikan pada Majlis Konvokesyen Pra Sekolah dan Penyampaian Hadiah Akademik Tahun 2016, kelmarin.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian sijil-sijil serta hadiah akademik pada majlis tersebut ialah Pegawai Eksekutif Takaful Brunei Am Sdn Bhd, Dayang Tutty Rahizah binti Roslan.

Penolong Guru Besar Sekolah Rendah Sungai Tali Lumut II, Hajah Sarina binti Haji Yahya dalam ucapan alu-aluannya pada majlis yang berlangsung di dewan serba guna sekolah berkenaan, antara lain menyentuh mengenai penilaian ‘Assessment Tracker’ di peringkat rendah bawah dan ‘Check Point Assesment’ di peringkat rendah atas yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan pada tahun lalu.

Jelas beliau, ia diselaraskan di seluruh negara untuk menilai paras akademik murid-murid dan secara tidak langsung dapat melihat murid-murid yang mempunyai ‘Global Standard’.

Antara murid-murid Pra Sekolah, Sekolah Rendah Sungai Tali Lumut II menunggu giliran untuk menerima sijil mereka.
Antara murid-murid Pra Sekolah, Sekolah Rendah Sungai Tali Lumut II menunggu giliran untuk menerima sijil mereka.

Menurutnya, bagi peringkat rendah bawah, subjek yang dinilai secara ‘Standardised’ adalah Matematik dan Bahasa Inggeris manakala bagi rendah atas pula adalah Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains atau lebih dikenali dengan EMS.

“Alhamdulillah, Sekolah Rendah Sungai Tali telah menunjukkan peningkatan dalam setiap keputusan ‘Assessment Tracker’ dan ‘Check Point Assessment’, pencapaian itu adalah daripada usaha murid-murid, guru dengan kerjasama para ibu bapa atau penjaga murid,” katanya.

Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa penglibatan ibu bapa dalam acara Program Outreach-Community begitu menggalakkan dan katanya lagi, pihak sekolah berharap sokongan seperti itu akan berterusan dan boleh mencapai objektifnya untuk memperluaskan ilmu murid-murid mengenai pentingnya kesihatan dan mengukuhkan silaturahim dengan masyarakat Mukim Lumut.

ARTIKEL YANG SAMA