100 pembantah berhimpun di ‘Lennon Hall’

100 pembantah berhimpun di ‘Lennon Hall’

HONG KONG, 28 Sept – Payung kuning dan khemah sementara kembali di tengah Hong Kong hari ini apabila para pembantah berhimpun setelah setahun sejak perhimpunan pro demokrasi melumpuhkan beberapa bahagian bandar.

Tetapi bilangan mereka itu kecil pada awal tengah hari dan tanpa konsesi berhubung reformasi politik daripada pihak berkuasa di Beijing dan Hong Kong, para pengkempen yang tawar hati berkata mereka tidak merancang untuk memulakan lebih banyak tunjuk perasaan besar-besaran.

Kira-kira 100 para pembantah berhimpun di ‘Lennon Wall’ – tangga luar berhampiran ibu pejabat kerajaan yang ditampal dengan beribu-ribu nota-nota kertas beraneka warna yang melahirkan sokongan ketika perhimpunan itu.

Barisan payung kuning – simbol pergerakan pro-demokrasi – beberapa buah khemah dan sepanduk besar yang membawa perkataan “ I want Universal Suffrage (Saya mahu Hak Mengundi Universal), membarisi laluan jalan kaki.

Pada kemuncak bantahan, beribu-ribu khemah berselerakkan di seberang lebuh raya utama yang melintasi Lennon Wall di daerah kewangan, Admiralty.

Beribu-ribu menyertai orang ramai selepas polis melepaskan gas pemedih mata di sebelah tengah hari pada 28 September tahun lalu, satu langkah yang mengejutkan orang ramai dan merangsang Umbrella Movement (Pergerakan Payung) – yang diberi nama sempena payung yang dibawa oleh para pembantah ke tempat berteduh dari matahari, hujan, gas pemedih mata dan semburan lada putih.

Lebih dua bulan pusat bandar itu menjadi khemah perhimpunan.

Ulang tahun utama perhimpunan dijangka bermula di Admiralty pada waktu tengah hari dan upacara bertafakur akan diadakan pada jam 5:58 malam – waktu apabila gas pemedih mata dilepaskan.

ARTIKEL YANG SAMA