100 peniaga sertai Pesta Jualan Cantik

100 peniaga sertai Pesta Jualan Cantik

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 5 Ogos – Pesta Jualan Cantik anjuran Cantik Event Management yang mengetengahkan lebih 100 peniaga di Dewan Persidangan di sini masih dibukakan sehingga 7 Ogos ini dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Pengarah Urusan Cantik Event Management, Hajah Farah binti Abdullah, selaku penganjur pesta jualan tersebut berkata, pesta berkenaan membawa tema ‘Menyokong Perniagaan Tempatan, Menyokong Ekonomi Tempatan,’ dan akan diadakan setiap bulan sehingga penghujung tahun depan.

Pesta berkenaan, antara lain bertujuan untuk menyokong titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk memperluaskan lagi ekonomi melalui kepelbagaian ekonomi supaya tidak terlalu bergantung kepada minyak dan gas.

Lebih 100 peniaga menyertai Pesta Jualan Cantik yang diadakan di Dewan Persidangan Kuala Belait.
Lebih 100 peniaga menyertai Pesta Jualan Cantik yang diadakan di Dewan Persidangan Kuala Belait.

Ia juga bagi mempromosikan Dewan Persidangan Kuala Belait kepada orang ramai serta bagi menyokong dan membantu peniaga-peniaga kecil dan sederhana semasa kemerosotan ekonomi, selain untuk menghidupkan suasana Daerah Belait dengan aktiviti yang menarik dan menghiburkan.

Di samping itu, ia juga diharapkan akan dapat membantu mereka yang masih belum mempunyai pekerjaan di daerah ini, serta bagi menyokong kerajaan dalam menyemai mentaliti rakyat dan penduduknya supaya tidak bergantung semata-mata kepada kerajaan untuk ekonomi dan pekerjaan, serta bagi menanamkan semangat bekerja lebih keras untuk mendapatkan sumber pendapatan melalui perniagaan bagi menjana ekonomi rakyat dan juga menggalakkan untuk berbelanja di dalam negara.

ARTIKEL YANG SAMA