100 rumah musnah dalam kebakaran belukar

100 rumah musnah dalam kebakaran belukar

MELBOURNE, 27 Dis – Lebih 100 buah rumah terbakar di kawasan pelancong terkenal di Australia, dalam kebakaran belukar pada Hari Krismas dan situasi masih berbahaya semalam , ketika para pegawai meramalkan lebih banyak kebakaran lagi kemudian di kawasan selatan yang sangat panas.

Sementara kira-kira 500 orang anggota bomba dan 13 pesawat udara yang berusaha memadamkan kebakaran di sepanjang beberapa bahagian Great Ocean Road yang mempunyai pemandangan indah di negeri Victoria, pasukan-pasukan bergerak masuk untuk menilai kerosakan akibat kebakaran yang telah menerangi langit malam di sepanjang pantai pada hari Krismas.

Seorang jurucakap bagi perkhidmatan kecemasan negeri itu berkata 98 buah rumah disahkan terbakar di komuniti Wye River dan 18 lagi di kawasan berhampiran, Separation Creek, bagi jumlah 116 di dua kawasan perbandaran, terletak kira-kira 12 kilometer barat daya Melbourne.

Dua pegawai kecemasan memberi amaran bahawa keadaan kering mengancam lebih banyak berlakunya kebakaran di kawasan Great Ocean Road dan yang lainnya di Victoria.

“Kebakaran tidak akan berakhir,’ Craig Lapsley pesuruhjaya perkhidmatan kecemasan negeri itu memberitahu sidang media. – Reuters

Seorang wanita keletihan dan kanak-kanak tidur di atas katil lipat di jalan utama Lorne semasa kebakaran belukar, selatan Melbourne. – Reuters
Seorang wanita keletihan dan kanak-kanak tidur di atas katil lipat di jalan utama Lorne semasa kebakaran belukar, selatan Melbourne. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA