100 sertai larian keluarga

100 sertai larian keluarga

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Sept – Lebih 100 warga perkhidmatan awam dan orang ramai menyertai larian Family Fun Run anjuran Kelab Perkhidmatan Awam di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam sempena Sambutan Jubli Perak kelab berkenaan, hari ini.

Pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Awang Jaini bin Haji Abdullah yang turut menyertai senaman zumba sebelum larian diadakan, di dewan kelab berkenaan.

Larian yang bermula di Kelab Perkhidmatan Awam, Mentiri itu dibahagikan kepada dua kategori iaitu larian keluarga dan Fun Run sejauh 5 kilometer.

Antara lain objektif acara tersebut adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga perkhidmatan awam selain memberi kesedaran mengenai kepentingan kesihatan.

Awang Jaini membunyikan siren tanda pelepasan peserta Family Fun Run.
Awang Jaini membunyikan siren tanda pelepasan peserta Family Fun Run.
Para peserta bagi kategori Fun Run bersedia untuk berlari.
Para peserta bagi kategori Fun Run bersedia untuk berlari.

Kelab berkenaan mengalu-alukan penyertaan semua kakitangan awam yang berkhidmat dengan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadi ahli berdaftar dengan kadar bulanan yang minima mengikut peringkat pangkat kakitangan awam berkenaan.

Sehubungan itu, kakitangan yang berminat untuk menjadi ahli, boleh melayari laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Awam di alamat www.jpa.gov.bn atau berhubung terus dengan Kapten (B) Zamri bin Haji Mohd Yassin di talian 2790799.

ARTIKEL YANG SAMA