100 terima daging korban

100 terima daging korban

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Sept – Bagi sama-sama menyemarakkan hari-hari kebesaran Islam, keluarga Allahyarham Orang Kaya Maharaja Dinda Haji Saman bin Haji Tamit mengadakan majlis ibadah korban di Kampung Pasai I, Sengkurong hari ini.

Empat ekor kerbau dikorbankan dan diagih-agihkan kepada 100 orang ahli keluarga yang menghadiri majlis berkenaan.

Menurut salah seorang ahli keluarga itu, majlis ibadah korban diadakan setiap tahun bagi melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T atas kurniaan rezekiNya dan meningkatkan keimanan serta ketakwaan dalam kalangan keluarga Allahyarham Orang Kaya Maharaja Dinda Haji Saman.

Ia juga bertujuan mengeratkan tali silaturahim sesama ahli keluarga.

Gambar ramai ahli keluarga yang menerima dan menghadiri majlis ibadah korban itu.
Gambar ramai ahli keluarga yang menerima dan menghadiri majlis ibadah korban itu.

ARTIKEL YANG SAMA