100 warga Indonesia derma darah

100 warga Indonesia derma darah

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Ogos – Sempena memperingati Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Republik Indonesia ke-70 tahun, Kedutaan Besar Republik Indonesia di sini telah mengadakan kempen derma darah di Gedung Serba Guna Lantai II, kedutaan berkenaan, hari ini.

Menurut kenyataan kedutaan berkenaan, kempen berkenaan telah disertai oleh kira-kira 100 warga Indonesia yang berada di Brunei Darussalam, yang terdiri daripada staf kedutaan dan keluarga serta masyarakat Indonesia yang lain.

Kempen yang bermula pukul 10:00 pagi hingga 12:00 tengah hari itu diadakan selepas upacara pengibaran bendera di perkarangan kedutaan berkenaan.

Kegiatan ini merupakan aktiviti rutin yang diselenggarakan oleh kedutaan untuk memelihara dan memperkuatkan lagi silaturahim sekali gus membina jiwa sosial warga Indonesia yang berada di negara ini.

Antara mereka yang turut menderma darah sempena memperingati Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Republik Indonesia ke-70 tahun.
Antara mereka yang turut menderma darah sempena memperingati Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Republik Indonesia ke-70 tahun.

ARTIKEL YANG SAMA