1,000 banduan melepaskan diri

1,000 banduan melepaskan diri

SANA’A, 1 Julai (dpa) – Lebih daripada 1,000 tahanan termasuk militan al-Qaeda dilaporkan telah melepaskan diri daripada sebuah penjara semalam di Taiz, bandar ketiga terbesar Yaman Taiz.

Kejadian melepaskan diri secara beramai-ramai, dalam keadaan dipertikaikan, berlaku di tengah pertempuran sengit di bandar Sunni, membabitkan pemberontak Syiah Huthi dan unit tentera bersekutu yang menentang beberapa pejuang dan militia tempatan.

Unit Huthi di Taiz telah berkali-kali menjadi sasaran oleh serangan udara yang dipimpin oleh Arab Saudi, yang melindungi Presiden dalam buangan Abd Rabu Mansour Hadi.

Agensi berita Saba, dikawal oleh Huthi, berkata pejuang al-Qaeda dan militia parti Islamis Islah menyerbu penjara dan membebaskan 1,200 banduan.

Seorang pegawai keselamatan, bercakap dengan syarat namanya tidak disiarkan, menuduh Houthi membebaskan banduan ketika pertempuran di sekitar penjara.

Beberapa banduan telah terbunuh dan cedera dalam pertempuran, tetapi jumlah orang yang terbunuh dan cedera masih belum disahkan, kata pegawai.

Al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP) telah melancarkan beberapa kejadian lari dari penjara sebelum ini.

Pada April, pejuangnya menyerbu penjara Mukalla, ibu negeri wilayah tenggara Hadhramaut, membebaskan militan yang dipenjarakan serta banduan lain.

Kumpulan itu telah menggunakan pertempuran di antara Huthi, yang mengawal ibu negeri Sana’a pada September, dan penentang mereka untuk menyebar pengaruh mereka.