1,000 bungkus Bubur Lambuk diagih

1,000 bungkus Bubur Lambuk diagih

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jun – Sebanyak 1,000 bungkus Bubur Lambuk telah diagih-agihkan kepada orang ramai pada pengagihan bubur itu bagi tahun 2016 anjuran Jasra Harissons Sdn Bhd dan Maggi di kawasan Payung Kanopi Pasar Gadong ahri ini.

Hadir mengagihkan bubur itu ialah Pemangku Pengerusi Lembaga Bandaran, Bandar Seri Begawan, Haji Mohammad Ali bin Mat Yassin. Ia turut dihadiri oleh Pengarah Urusan Jasra Harissons Sdn Bhd, Pengiran Haji Ahmad bin PJN pengiran Haji Abdul Rahman.

Sebelum itu, doa selamat dibacakan kemudian Bubur Lambuk digaul bersama rencah Maggi Secukup Rasa oleh tetamu kehormat dan pengarah urusan Jasra Harissons sebagai merasmikan pengagihan yang diselajurkan dengan penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat.

Sebaik sahaja siap, Bubur Lambuk diagihkan kepada orang ramai oleh tetamu kehormat dan kakitangan syarikat itu. Pengagihan bubur itu merupakan acara tahunan syarikat yang kini memasuki tahun keenam.

Sebanyak 1,000 bungkus Bubur Lambuk telah diagihkan kepada orang ramai kelmarin, di Payung Kanopi Pasar Gadong.
Sebanyak 1,000 bungkus Bubur Lambuk telah diagihkan kepada orang ramai kelmarin, di Payung Kanopi Pasar Gadong.