10,000 bender...

10,000 bendera kecil diagih kepada pelajar sekolah

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Feb – Sejumlah 10,000 bendera kecil diagihkan kepada pelajar-pelajar sekolah dalam majlis pengagihan yang diadakan serentak di keempat-empat daerah, hari ini, sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan ke-33 tahun.

Tumpuan utama Majlis Pengagihan Bendera Kecil (Meja) dan Program Semarak Pengibaran Bendera bagi Pelajar Pelajar Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Sekolah Arab/Agama itu adalah di Daerah Temburong.

terkini bendera kecil 1

Berangkat selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan pengagihan bendera kecil di majlis yang berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar, Daerah Temburong itu ialah Yang Teramat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat DiRaja Dalam Istana Pengiran Haji Alaiddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar, Grand Chamberlain.