10,000 pelarian Syria diterima di Kanada

10,000 pelarian Syria diterima di Kanada

OTTAWA, 20 Sept – Kerajaan konservatif Kanada semalam berkata ia akan menerima 10,000 orang pelarian Syria dalam tempoh setahun dengan memudahkan dan mencepatkan proses permohonan imigresen.

Pegawai-pegawai visa tidak akan lagi meminta para pemohon membuktikan mereka adalah orang pelarian melalui agensi pelarian PBB, tetapi akan sebaliknya ‘menganggap mereka yang lari dari konflik memenuhi definisi orang pelarian, yang menjadi pemprosesan lebih cepat,” menurut kenyataan Kementerian Imigresen dan Kewarganegaraan.

Ekoran itu, “kami menjangkakan memenuhi komitmen Kanada pada masa ini menerima 10,000 warga Syria menjelang September 2016 – 15 bulan lebih awal dari yang dirancang. Komitmen Kanada yang sedia ada untuk menerima 23,000 warga Iraq akan juga dipenuhi menjelang akhir tahun ini,” menurut kenyataan itu lagi.

Para pegawai visa akan menumpu pada temu bual mereka berhubung ‘keselamatan, penjenayahan dan pemeriksaan kesihatan,” tambahnya lagi.

Dengan penetapan berlainan ini “kami meluaskan potensi bagi para calon,” menurut Menteri Imigresen Chris Alexander.

Pemimpin Konservatif Kanada Stephen Harper sebagai berkata kerajaan konservatif Kanada tidak akan menerima lebih daripada apa yang diumumkan sebelum ini 10,000 pelarian Syria tetapi akan mempercepatkan pemprosesan permohonan mereka untuk mengeluarkan beribu-ribu lagi visa sebelum akhir tahun ini. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA