10,000 PKS M’sia tersenarai dalam Alibaba

10,000 PKS M’sia tersenarai dalam Alibaba

KUALA LUMPUR, 10 Nov – Sehingga kini terdapat 10,000 syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) negara ini tersenarai dalam platform syarikat terkemuka antarabangsa, Alibaba, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa berkata syarikat PKS yang tersenarai dalam program e-dagang melalui Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) ini penting bagi membolehkan mereka menembusi pasaran luar negara.

“Ini merupakan antara kerjasama ekonomi yang dicapai antara Malaysia dan China yang dijangkakan memberi manfaat kepada usahawan PKS negara ini,” katanya pada sesi pentanyaan menteri, di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Nawawi Ahmad (BN-Langkawi) mengenai manfaat yang boleh diperoleh Malaysia dan rakyat daripada sudut pelaburan, perdagangan dan pekerjaan hasil rombongan dagang ke China baru-baru ini yang dilaporkan akan membawa RM144 bilion pelaburan ke negara ini.  – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA