100,000 anggota polis dikerah di Paris

100,000 anggota polis dikerah di Paris

PARIS, 1 Jan (AFP) – Lebih 100,000 anggota polis akan ditugaskan mengawal keselamatan sempena sambutan Tahun Baharu di negara itu, enam minggu selepas serangan jihad berlaku di Paris, kata Menteri Dalam Negeri Bernard Cazeneuve.

Cazenueve berkata, walaupun tiada ancaman langsung, semua bandar di Eropah kini berada dalam berjaga-jaga berikutan ancaman umum.

Di ibu kota ini, 11,000 anggota polis dikerahkan termasuk 1,700 pegawai ditempatkan di sepanjang Champs Elysees, yang menjadi lokasi tumpuan sambutan Tahun Baru sejak dulu di Perancis.

Presiden Perancis, Francois Hollande (kanan) dan Menteri Dalam Negeri Bernard Cazeneuve (kiri) ketika melawat anggota keselamatan di Champs Elysees, semalam. – Reuters
Presiden Perancis, Francois Hollande (kanan) dan Menteri Dalam Negeri Bernard Cazeneuve (kiri) ketika melawat anggota keselamatan di Champs Elysees, semalam. – Reuters

Kira-kira 600,000 orang berkumpul di sana pada tahun lalu, namun bilangan itu kini semakin kecil tahun ini dengan pertunjukan bunga api raksasa dibatalkan.

Sejumlah 130 orang dibunuh di ibu kota cinta ini November lalu apabila lelaki bersenjata bersekutu IS menembak bar, dewan konsert dan penonton di stadium Stade de France.