100,000 kematian insiden jerebu – kajian

100,000 kematian insiden jerebu – kajian

JAKARTA, 19 Sept – Meletusnya asbut di Asia Tenggara pada tahun lalu mungkin telah mengakibatkan lebih 100,000 kematian tidak disangka-sangka, menurut satu kajian baru yang disiarkan hari ini yang mencetuskan gesaan untuk mengatasi ‘jerebu teruk’ berkenaan.

Para penyelidik daripada universiti Harvard dan Columbia di AS menganggarkan terdapat lebih daripada 90,000 kematian awal di Indonesia di kawasan yang paling dekat dengan kebakaran,dan beberapa ribu di negara jiran Singapura dan Malaysia.

Anggaran baru itu, dicapai menggunakan model analitikal kompleks, adalah jauh lebih tinggi daripada angka kematian sebelum ini yang diberikan oleh pihak berkuasa iaitu 19 kematian di Indonesia.

“Jika tidak ada apa-apa yang berubah, jerebu teruk akan terus memberikan kesan hebat, tahun demi tahun,” kata kempen hutan Greenpeace Indonesia Yuyun Indradi.

“Kegagalan untuk bertindak segera untuk membendung kehilangan nyawa adalah bersamaan dengan jenayah.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA