1,005 paket beras Laila diagihkan

1,005 paket beras Laila diagihkan

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Jun – Sebanyak 1,005 paket beras Laila telah diagih-agihkan kepada pengunjung yang berada di The Mall, Gadong, hari ini, bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan ini.

Pengagihan tersebut telah dilakukan oleh ahli-ahli Lembaga Pengarah Abdul Razak Holdings Haji Awang Suhaimei bin Awang Haji Besar, Haji Awang Mohamad bin Awang Mohd Yussuf dan Awang Matussin bin Haji Mahmud.

Menurut Pengurus Pemasa-ran dan Jualan Kanan Abdul Razak Holdings, Pengagihan beras Laila seberat satu kilogram setiap seorang itu dilakukan di luar bangunan Hotel Antarabangsa Rizqun.

Selain mengagihkan kepada pengunjung yang berada di sana, kenderaan yang melintasi bangunan tersebut turut diberikan paket beras yang sama.

pg03_160608_a

Ahli Lembaga Pengarah Abdul Razak Holdings mengagih-agihkan beras Laila kepada para pengunjung.
Ahli Lembaga Pengarah Abdul Razak Holdings mengagih-agihkan beras Laila kepada para pengunjung.

“Selain beramal, pendatang luar negara juga berpeluang untuk membawa balik produk tempatan ke negara mereka,” ujarnya sambil menambah, esok pihak pengurusan akan mengadakan majlis bersungkai bersama anak-anak yatim di Rizqun Coffeehouse yang juga sebagai salah satu aktiviti amal mereka.

Pemberian sumbangan itu merupakan aktiviti tahunan pihak pengurusan di bulan Ramadan, yang mana pada tahun ini ia telah membuat kelainan dengan memberikan beras tempatan di samping bubur kacang pada tahun lepas.

ARTIKEL YANG SAMA