102 terima darjah kebesaran

102 terima darjah kebesaran

SANDAKAN, 29 Mac (Bernama) – Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat kepada 102 penerima dalam satu istiadat pengurniaan di Dewan Serbaguna Libaran di sini, hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah Frederick Kugan mendahului senarai penerima darjah Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK).

Turut menerima ASDK ialah Pegawai Pembangunan Masyarakat Sekong Zantapha Zainal Abidin, Setiausaha Bahagian UMNO Kinabatangan Daut Kahar, Ketua Pemuda MCA Sabah Lee Yin Chung dan ahli perniagaan Amil Hussin Dandi.

Sementara itu, seramai 11 penerima dikurniakan Ahli Darjah Kinabalu (ADK).

Sejumlah 26 penerima dikurniakan Bintang Setia Kinabalu (BSK), 42 penerima Bintang Kinabalu (BK) dan 18 penerima Pingat Perkhidmatan Terpuji.

ARTIKEL YANG SAMA