103 cedera ko...

103 cedera komuter tergelincir di New York

NEW YORK, 5 Jan – Kereta api The Long Island Rail Road (LIRR) tergelincir semasa waktu sibuk kelmarin di Brooklyn Borough, New York City, mencederakan 103 orang, menurut pihak berkuasa tempatan.

Kejadian itu berlaku kira-kira 08:30 (1330 GMT) di Terminal Atlantik di Brooklyn, di mana kereta api LIRR dari Far Rockaway, Queens gagal untuk berhenti, merempuh blok penghadang dan menyebabkan tergelincir.

Seramai tiga orang mengalami kecederaan yang tidak mengancam nyawa, menurut Jabatan Bomba New York City.

Gambar yang disiarkan oleh penumpang di media sosial menunjukkan gerabak pertama kereta api kelihatan sedikit tersandar keluar dari landasan, dengan pintu yang rosak dan kaca yang pecah.

Pekerja Long Island Railroad bercakap di luar platform di mana kereta api tergelincir di Terminal Atlantik di Brooklyn, New York, Amerika Syarikat, kelmarin. Kereta api The Long Island Rail Road (LIRR) tergelincir semasa waktu sibuk kelmarin di Brooklyn Borough, New York City, mencederakan 103 orang, menurut pihak berkuasa tempatan. – Xinhua

Kira-kira 600 penumpang berada di dalam kereta api apabila kemalangan itu berlaku, menurut media tempatan.

Gabenor kerajaan New York, Andrew Cuomo berkata di tempat kejadian bahawa kejadian itu adalah ‘kecil’ berbanding dengan kemalangan kereta api Hoboken pada September 2016, apabila sebuah kereta api transit New Jersey terhempas di Terminal Hoboken dan menyebabkan satu kematian dan kerosakan besar kepada struktur terminal.

Siasatan masih berjalan, kata Cuomo.

Tiada warga China telah diketahui cedera dalam kemalangan itu, menurut Konsulat Jeneral China di New York. – Xinhua