103 pelatih berjaya tamat latihan asas rekrut

103 pelatih berjaya tamat latihan asas rekrut

Oleh Yusrin Junaidi

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Mei – Seramai 103 orang pelatih Pasukan Polis Diraja Brunei telah diraikan dalam Upacara Perbarisan Tamat Latihan bagi Rekrut Lelaki dan Wanita Skuad 1, Tahun 2015 setelah berjaya menamatkan latihan asas rekrut selama enam bulan di Pusat Latihan Polis, Gadong.

Majlis yang berlangsung di Padang Kawad Polis Latihan, Ibu Pejabat Polis, Gadong itu turut menyaksikan penyampaian sijil-sijil kepujian kepada rekrut-rekrut terbaik yang disempurnakan oleh Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Haji Bahrin bin Mohd Noor selaku tetamu kehormat.

Enam orang rekrut, iaitu tiga rekrut lelaki dan tiga rekrut wanita telah menerima sijil kepujian sebagai rekrut terbaik, iaitu Rekrut 6287 Mohammad Adi Shafiee bin Bakar, 21, sebagai Rekrut Terbaik dalam Semua jurusan; Rekrut 6268 Abdul Karim bin Muhd Lizan, 21, sebagai Rekrut Terbaik dalam Undang-undang dan Pekerjaan Polis; dan Rekrut 6371 Rajis bin Awang Amit, 29, yang pernah berkhidmat sebagai anggota bomba di Jabatan Bomba dan Penyelamat, menerima sijil kepujian Rekrut Terbaik dalam Kawad dan Latihan Luar.

Dato Paduka Seri Haji Bahrin menyampaikan sijil kepujian kepada Awang Abdul Karim.
Dato Paduka Seri Haji Bahrin menyampaikan sijil kepujian kepada Awang Abdul Karim.
Dato Paduka Seri Haji Bahrin menyampaikan sijil kepujian kepada Awang Rajis.
Dato Paduka Seri Haji Bahrin menyampaikan sijil kepujian kepada Awang Rajis.
Dato Paduka Seri Haji Bahrin menyampaikan sijil kepujian kepada Awang Mohammad Adi Shafiee.
Dato Paduka Seri Haji Bahrin menyampaikan sijil kepujian kepada Awang Mohammad Adi Shafiee.
Dato Paduka Seri Haji Bahrin menyampaikan sijil kepujian kepada Dayang Siti Sabariah.
Dato Paduka Seri Haji Bahrin menyampaikan sijil kepujian kepada Dayang Siti Sabariah.
Dato Paduka Seri Haji Bahrin menyampaikan sijil kepujian kepada Dayangku Amal Asiqin.
Dato Paduka Seri Haji Bahrin menyampaikan sijil kepujian kepada Dayangku Amal Asiqin.

Manakala itu, rekrut terbaik wanita pula terdiri daripada Rekrut 6367 Siti Sabariah binti Haji Yusof, 25, menerima sijil kepujian sebagai Rekrut Terbaik dalam Semua Jurusan; Rekrut 6343 Dayangku Amal Asiqin bin Pengiran Jeferi, 22, sebagai Rekrut Terbaik dalam Undang-undang dan Pekerjaan Polis; dan Rekrut 6369 Suzeyani binti Suhri, menerima sijil kepujian sebagai Rekrut Terbaik dalam Kawad dan Latihan Luar.

Selepas penyampaian sijil kepujian oleh tetamu kehormat, majlis diteruskan dengan Rekrut Lelaki dan Wanita Skuad 1/2015 membuat persembahan perbarisan berjalan lalu dalam masa perlahan dan cepat dan mara ke hadapan untuk diperhatikan semula.

ARTIKEL YANG SAMA