104 pelajar SMR II dirai

104 pelajar SMR II dirai

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov – Seramai 104 orang pelajar Tahun 11 Sekolah Menengah Rimba (SMR) II sesi 1438H/2016M telah diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di sekolah berkenaan, pagi tadi.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya memimpin bacaan Surah Al-Fatihah ialah Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMR II, Dayang Hadszlinda binti Haji Kassim.

Majlis kemudian diteruskan lagi dengan bacaan surah-surah khatam oleh para peserta khatam dan bacaan Takhtim serta Doa Khatam.

Tetamu kehormat bersama para jemputan hadir pada Majlis Khatam Al-Quran SMR II.
Tetamu kehormat bersama para jemputan hadir pada Majlis Khatam Al-Quran SMR II.
Antara para peserta khatam Tahun 11 yang diraikan pada majlis itu.
Antara para peserta khatam Tahun 11 yang diraikan pada majlis itu.

Seterusnya, majlis turut diserikan lagi dengan Dikir Marhaban dan diakhiri dengan penyampaian sijil dan menabur bunga rampai.

Majlis seumpamanya antara lain bertujuan untuk memupuk sikap membaca Al-Quran dalam kehidupan seharian kepada para pelajar, di samping memastikan pelajar-pelajar yang menyertai khatam Al-Quran ini benar-benar telah mengkhatamkan pembacaan 30 Juzuk Al-Quran.

ARTIKEL YANG SAMA