105 pelajar Maktab Duli khatam Al-Quran

105 pelajar Maktab Duli khatam Al-Quran

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Nov – Seramai 105 orang pelajar Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli) diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di auditorium maktab berkenaan hari ini.

Pemangku Ra’es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) Dr. Haji Adanan bin Haji Basar hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan sijil dan cenderamata serta menabur bunga rampai kepada penuntut khatam yang diraikan.

Turut hadir di majlis itu ialah Pemangku Pengetua Maktab, Hajah Monaliza bin Haji Abdul Halim dan warga maktab serta ibu bapa dan penjaga pelajar.

Antara pelajar Maktab Duli diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran, kelmarin.
Antara pelajar Maktab Duli diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran, kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA