105 pelajar Maktab Duli sertai Khatam Al-Quran

105 pelajar Maktab Duli sertai Khatam Al-Quran

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Nov – Seramai 105 pelajar Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli) telah menyertai Majlis Khatam Al-Quran sesi 2014-2015 di Auditorium Maktab Duli, Gadong, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Hakim Mahkamah Tinggi Syari’ah, Yang Arif Pengiran Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hasan yang turut memimpin bacaan Surah Al-Fatihah sebelum bacaan surah-surah lazim oleh pelajar yang terlibat.

Bacaan Takhtim disempurnakan oleh salah seorang pelajar asrama, Dayang Nurhaziqah Najwa Mahiran binti Harun dan doa dipimpin Awang Malik Faisal bin Haji Othman sebelum Dikir Marhaban dimulakan oleh Awang Luqmanul Hakeem bin Haji Rozaini.

Tetamu kehormat (tiga kanan) bersama para jemputan lain hadir di majlis berkenaan.
Tetamu kehormat (tiga kanan) bersama para jemputan lain hadir di majlis berkenaan.
Antara pelajar yang terlibat dalam Majlis Khatam Al-Quran sesi 2014-2015.
Antara pelajar yang terlibat dalam Majlis Khatam Al-Quran sesi 2014-2015.

Pada majlis itu, tetamu kehormat telah memulakan acara menabur bunga rampai kepada pelajar yang diraikan sebelum diteruskan dengan penyampaian cenderamata dan sijil kepada peserta dan tetamu kehormat majlis.

Majlis berkenaan merupakan acara tahunan anjuran maktab berkenaan bagi menyemarakkan lagi acara keagamaan dan sekali gus menjadi wadah bagi menzahirkan hasrat Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir.

ARTIKEL YANG SAMA