106 anggota polis OPSO terima sijil

106 anggota polis OPSO terima sijil

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 16 Jun – Seramai 106 anggota Polis Keselamatan Padang Minyak LNG (OPSO) menerima sijil setelah berjaya menamatkan Kursus Asas Pengendalian dan Keselamatan bagi menggunakan senjata jenis pistol Browning mk.3, di majlis yang berlangsung di Dewan Serba Guna R.U ‘A’ Kompeni di Ibu Pejabat Balai Polis Panaga, Seria, hari ini.

Penyampaian sijil disempurnakan oleh Pemangku Pegawai Pemerintah Daerah Polis Belait, Awang Mohd Hadini bin Haji Othman selaku tetamu kehormat.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran anggota polis menggunakan senjata baru jenis pistol browning mk. 3 bagi menggantikan senjata lama jenis pistol Smith Wilson 3.8mm.

Kursus yang dijalankan dalam empat fasa ini dikendalikan oleh Pasukan Gerak Khas Polis Diraja Brunei, yang mana latihan bagi kursus tersebut diadakan di Pusat Latihan Polis Gadong dan latihan tembak dibuat di Padang Tembak Jalan Aman Muara di Daerah Bandar Seri Begawan.

Salah seorang anggota OPSO menerima sijil daripada Awang Mohd Hadini.
Salah seorang anggota OPSO menerima sijil daripada Awang Mohd Hadini.

ARTIKEL YANG SAMA