$10,738 sumbangan diterima

$10,738 sumbangan diterima

Oleh Hajah Saemah Kepli & Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jun – Sumbangan berjumlah $10,738 telah diterima daripada beberapa buah persatuan dan syarikat-syarikat swasta untuk Tabung Anak-anak Yatim Daerah Brunei dan Muara dan juga Daerah Belait, hari ini.

Daripada jumlah tersebut, $6,000 telah disumbangkan kepada Tabung Anak-anak Yatim Daerah Brunei dan Muara, Jabatan Daerah Brunei dan Muara yang telah diterima oleh Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim, pada majlis yang berlangsung di Pejabat Daerah Brunei dan Muara, Lapangan Terbang Lama Berakas.

Sumbangan-sumbangan berkenaan dihulurkan oleh Syarikat Emas Laut dan Syarikat Subter Laut yang masing-masing menyumbangkan sebanyak $2,500 dan manakala DBM Syarikat Filing Station Berakas sebanyak $1,000, yang mana sumbangan tersebut disampaikan oleh wakil syarikat masing-masing.

Manakala itu, di Pejabat Daerah Belait, sejumlah $4,738 pula telah disumbangkan untuk Tabung Anak-anak Yatim Daerah Belait yang diterima oleh Pegawai Daerah Belait, Haji Haris bin Haji Othman.

Daripada jumlah sumbangan berkenaan, sebanyak $1,000 disumbangkan oleh Dewan Perniagaan Tiong Hua Daerah Belait; $500 daripada The Hainan Association; $300 daripada New Village Mutual & Association dan $250 daripada Persatuan Kesatuan Zhong Zhin Hakka.

Haji Haris bersama beberapa penyumbang bagi Tabung Anak-anak Yatim dan Tabung Amal Daerah Belait kelmarin.
Haji Haris bersama beberapa penyumbang bagi Tabung Anak-anak Yatim dan Tabung Amal Daerah Belait kelmarin.

Selain itu, Sullivan (B) Sdn Bhd menyumbangkan sebanyak $500; Chin Kong Yin General Contractor sebanyak $500; C.Y.F Welding and Building Construction sejumlah $688; Yong Brothers Air-Conditioning and Electrical Company sejumlah $200; ZMY Sdn Bhd sebanyak $300 dan Ng Ah Heng menyumbang sebanyak $500.

Pada majlis itu juga, Persatuan Kesatuan Zhong Zin Hakka turut menyampaikan sumbangan berjumlah $250 untuk Tabung Amal Daerah Belait.

Dengan adanya sumbangan seperti itu, sedikit sebanyak akan dapat membantu mereka yang memerlukan terutamanya anak-anak yatim untuk membuat persiapan menyambut Hari Lebaran nanti.

Sehubungan itu, orang ramai juga dialu-alukan untuk sama-sama menderma kepada tabung-tabung berkenaan dengan menghubungi terus kepada Jawatankuasa Amal di jabatan-jabatan daerah semasa waktu pejabat.

ARTIKEL YANG SAMA