10,901 terima kurnia peribadi Baginda Sultan

10,901 terima kurnia peribadi Baginda Sultan

Oleh Sim Y.H, Imelda Groves HA, Normazlina M.D

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Jun – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan mengurniakan kurnia peribadi Baginda kepada 10,901 orang penerima terdiri daripada golongan tertentu di Daerah Brunei dan Muara, Tutong dan Belait, sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Majlis pengurniaan kurnia peribadi Baginda disempurnakan oleh paduka-paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia selaku wakil peribadi Baginda. Di Daerah Brunei dan Muara, majlis penyampaian kurnia peribadi Baginda kepada seramai 6,247 orang penerima berlangsung di Istana Nurul Iman dan disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik; Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah. Para penerima terdiri daripada orang-orang yang berkeperluan khas dan anak-anak yatim.

Keberangkatan tiba YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik; dan YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah di Reception Hall dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal.

Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik (gambar atas) dan YTM Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah (bawah) semasa berkenan menyampaikan kurnia peribadi Baginda Sultan kepada salah seorang penerima di Istana Nurul Iman, kelmarin.
Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik (gambar atas) dan YTM Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah (bawah) semasa berkenan menyampaikan kurnia peribadi Baginda Sultan kepada salah seorang penerima di Istana Nurul Iman, kelmarin.

pg01_160629_b

pg03_160629_a

YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan YTM Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah semasa berkenan menyampaikan kurnia peribadi Baginda Sultan di Istana Nurul Iman kelmarin. – Gambar Muiz Matdani
YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan YTM Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah semasa berkenan menyampaikan kurnia peribadi Baginda Sultan di Istana Nurul Iman kelmarin. – Gambar Muiz Matdani

Manakala di Baitur Rahmah, keberangkatan tiba YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen; dan YTM Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dijunjung oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng.

Bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Yahya bin Haji Awang Ibrahim.

Sementara itu, majlis penyampaian kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia turut diadakan di Daerah Tutong bertempat di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong; dan di Daerah Belait bertempat di Pusat Insani, Seria.

Di Daerah Tutong, majlis penyampaian kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, selaku wakil peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

Keberangkatan tiba YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah dan YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dijunjung oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dan Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Haji Bahrin bin Abdullah.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Salim bin Haji Besar.

Seramai 2,393 orang terdiri daripada beberapa golongan tertentu menerima kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia dalam majlis tersebut.

YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah berkenan menyampaikan kurnia peribadi Baginda Sultan kepada seorang penerima di Daerah Tutong.
YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah berkenan menyampaikan kurnia peribadi Baginda Sultan kepada seorang penerima di Daerah Tutong.
YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah berkenan menyampaikan kurnia peribadi Baginda Sultan kepada penerima di Daerah Tutong, kelmarin.
YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah berkenan menyampaikan kurnia peribadi Baginda Sultan kepada penerima di Daerah Tutong, kelmarin.
YTM Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah berkenan menyampaikan kurnia peribadi Baginda Sultan kepada seorang penerima di Daerah Belait, kelmarin. – Gambar Infofoto
YTM Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah berkenan menyampaikan kurnia peribadi Baginda Sultan kepada seorang penerima di Daerah Belait, kelmarin. – Gambar Infofoto

Majlis penyampaian kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Daerah Belait disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah, selaku wakil peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

Keberangkatan tiba YTM Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dipimpin oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Suhaili bin Haji Mohiddin.

Seramai 2,261 orang terdiri daripada beberapa golongan tertentu menerima kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia dalam majlis tersebut.

Majlis penyampaian kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia akan diteruskan lagi esok, Rabu, 23 Ramadan 1437 bersamaan 29 Jun 2016 di Istana Nurul Iman; dan di Daerah Temburong bertempat di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar.

Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia mencerminkan kepimpinan Baginda yang sentiasa ingin melihat kesejahteraan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam, khususnya dalam kalangan golongan yang memerlukan bantuan sentiasa diberi perhatian.

ARTIKEL YANG SAMA