11 anak yatim Kg Beribi terima sumbangan

11 anak yatim Kg Beribi terima sumbangan

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Julai – Seramai 11 orang anak yatim Kampung Beribi, hari ini, menerima sumbangan derma bagi membolehkan mereka menyambut 1 Syawal dengan lebih sempurna.

Penyampaian derma disempurnakan oleh Ahli Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Zulkipli bin Haji Abdul Hamid dan isteri, Hajah Rosni binti Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar.

Majlis yang diadakan di Masjid Kampung Beribi itu turut dimuatkan dengan Majlis Khatam Al-Quran sempena penutup tadarus Al-Quran yang disertai oleh penduduk kampung dan sekitarnya.

Selain itu, ia turut diselajurkan dengan ceramah khas Nuzul al-Quran yang disampaikan oleh Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafur.

Yang Berhormat Haji Zulkipli (tengah) hadir selaku tetamu kehormat majlis.
Yang Berhormat Haji Zulkipli (tengah) hadir selaku tetamu kehormat majlis.

ARTIKEL YANG SAMA