11 anggota IS ditahan rancang serang konsulat

11 anggota IS ditahan rancang serang konsulat

ISTANBUL, 18 Dis (AFP) – Seramai 11 orang lagi yang disyaki anggota militan kumpulan IS ditahan pihak berkuasa Turki selepas dipercayai merancang serangan ke atas konsulat Amerika Syarikat di sini, lapor agensi berita Dogan. Semua yang ditahan adalah rakyat Syria yang memiliki pasport palsu termasuk seorang lelaki dipercayai pemimpin rangkaian itu dikenali sebagai Abdulaziz Amin Mojbil, 18.

Beliau ditangkap dalam serbuan awal pagi di daerah Esenyurt Istanbul. Baru-baru ini, Turki menahan seorang ahli IS yang disyaki melancarkan serangan ke atas konsulat AS di Istanbul.

Istanbul diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga berikutan tiga pengeboman maut di Ankara dan tenggara negara itu tahun ini. Militan IS didakwa bertanggungjawab atas semua insiden itu.