11 bersaing terbaik Afrika

11 bersaing terbaik Afrika

JOHANNESBURG, 12 Okt – Penyandang gelaran Yaya Toure daripada Manchester City antara 11 bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) dicalonkan untuk anuge rah Pemain Bola Sepak Terbaik Afrika 2015.

Pemain tengah Ivory Coast berpengaruh berusia 32 tahun dipilih pemain terbaik benua itu sebanyak empat kali berturut turut sebelum ini.

Pemain Kenya Victor Wanyama, pemain Senegal Sadio Mane (Southampton) dan Christian Atsu dari Ghana serta pemain Ivory Coast beraksi bersama Bournemouth Max Alain Gradel berada dalam kalangan pemain dicalonkan.

Gandingan Republik Demokratik Congo Dieumerci Mbokani (Norwich City) dan Yannick Bolasie (Crystal Palace), penyerang Ghana Andre Ayew (Swansea City) tidak ketinggalan dalam senarai 37 pemain bintang.

Pemain Benin Rudy Gestede (Aston Villa), Riyad Mahrez dari Algeria (Leicester City) dan pemain Senegal Mame Biram Diouf (Stoke City) turut tercalon.

Bagaimanapun penyerang Manchester City, Wilfried Bony salah seorang empat pemain Afrika dicalon menerima anugerah Pemain Terbaik Dunia 2015 Ballon d’Or bersama Toure, Atsu dan Ayew tidak berada dalam senarai tahun ini. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA