11 ekor kerbau dikorbankan

11 ekor kerbau dikorbankan

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Sept – Majlis Perundingan Kampung Mata-Mata dan Ahli Jawatankuasa Takmir dan Muslimah Balai Ibadat Kampung tersebut hari ini telah mengadakan Majlis Ibadah Korban dan Pengagihan Daging-daging korban di Balai Ibadat Kampung Mata-Mata, Gadong, di sini.

Seramai 37 orang fakir miskin yang terdiri daripada penduduk Kampung Mata-Mata Gadong, Kampung Perpindahan Mata-Mata dan penduduk di Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Katok B, bersama sembilan orang anak yatim Kampung Mata-Mata telah menerima daging-daging korban pada majlis itu.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyampaikan daging-daging korban ialah Penasihat Majlis Perundingan Kampung Mata-Mata, Haji Hepnie bin OKPSD Abang Haji Abu Hanifah selaku Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Mata-Mata bersama isteri, Hajah Jumaiyah binti Haji Buang. Sebelum majlis pengagihan, sebanyak 11 ekor kerbau telah dikorbankan.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Penghulu Mukim Gadong B, Mejar (B) Haji Bakar bin Sapar dan Ketua kampung Mata-Mata, Haji Metali bin Haji Kamis.

Antara yang hadir di majlis ibadah korban dan pengagihan daging korban tersebut.
Antara yang hadir di majlis ibadah korban dan pengagihan daging korban tersebut.
Haji Hepnie mengagihkan daging korban kepada salah seorang penerima.
Haji Hepnie mengagihkan daging korban kepada salah seorang penerima.
Hajah Jumaiyah menyampaikan daging korban kepada penerima wanita.
Hajah Jumaiyah menyampaikan daging korban kepada penerima wanita.

ARTIKEL YANG SAMA