11 kena berkas di Xining

11 kena berkas di Xining

BEIJING, 10 Mei (Reuters) – Polis di barat China menahan 11 orang selepas sekumpulan pelanggan marah pada awal Mei memecahkan sebuah kedai halal yang disyaki salah mengendalikan makanan yang disediakan mengikut cara Islam, menurut media negara itu.

Sekumpulan “pelanggar undang-undang” di Xining, ibu negeri wilayah Qinghai, memecah masuk ke dalam sebuah kedai pada 1 Mei dan merosakkannya selepas mendapati makanan tidak halal telah dihantar bersama produk halal, satu pencabulan undang-undang.

Satu siasatan oleh pihak berkuasa mendedahkan perasaan sangsi di mana sosej telah pun dijual di kedai adalah tidak benar, lapor Televisyen Xining pada Jumaat.

Pemilik kedai “meminta maaf” kepada pelanggan beragama Islam, kata laporan, menambah ia telah diarahkan supaya menghentikan jualan, penghantaran dan penghasilan produk halal dan menerima denda.

Ia berkata pemilik kedai, nama keluarga Li, adalah anggota golongan minoriti Hui Islam dan kebanyakan kakitangan kedai adalah beragama Islam.

Keselamatan dan kualiti makanan masih menimbulkan kebimbangan besar selepas beberapa siri skandal profil tinggi.

ARTIKEL YANG SAMA