11 lagi graduan ITQSHHB terima diploma

11 lagi graduan ITQSHHB terima diploma

Oleh Salawati Haji Yahya

Gambar Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Sept – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Timbalan Sultan hari ini berkenan berangkat menyempurnakan pengurniaan anugerah syahadah Diploma Aliyah Qira’at kepada 11 graduan Insitut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) dalam Majlis Haflut Takharruj ke-4 yang berlangsung di Dewan Persidangan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman serta ahli lembaga institut berkenaan.

Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik.

Dalam sembah alu-aluan Yang Berhormat Pehin Ustaz Haji Awang Badaruddin menyembahkan, graduan tersebut terdiri daripada enam orang lelaki dan lima orang perempuan di mana empat penerima pangkat Mumtaz, enam pangkat Jayyid Jiddan, seorang pangkat Jayyid.

“Pengajian Diploma ‘Aliyah Qiraat selama tiga tahun ini mula diperkenalkan pada tahun 2010 dan ia diiktiraf sebagai Diploma Kebangsaan iaitu sebagai satu tahap pengajian ilmu Al-Quran yang dirancang untuk melahirkan lebih ramai huffaz ilmu Al-Quran khusus dalam ilmu Qiraat,” jelasnya.

Timbalan Sultan berkenan mengurniakan sijil Dilpoma Aliyah Qira’at kepada salah seorang graduan, kelmarin.
Timbalan Sultan berkenan mengurniakan sijil Dilpoma Aliyah Qira’at kepada salah seorang graduan, kelmarin.

pg08_160909_c

Timbalan Sultan dan Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan bergambar ramai bersama para graduan yang menerima Dilpoma Aliyah Qira’at, kelmarin.
Timbalan Sultan dan Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan bergambar ramai bersama para graduan yang menerima Dilpoma Aliyah Qira’at, kelmarin.

Yang Berhormat Pehin menjelaskan, sebagai satu-satunya institusi pengajian tahfiz Al-Quran di Negara Brunei Darussalam, institut ini sentiasa berusaha untuk mencapai misinya menjadi sebuah pusat pendidikan dan penyebaran Al-Quran yang dapat melahirkan tenaga pengajar, golongan profesional serta generasi hafaz yang menghayati Al-Quran.

“Kita amat bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah secara praktikal adalah institusi bagi pengajian perkembangan ilmu AI-Quran di negara ini dalam bidang hafalan dan sekarang dalam bidang Qira’at,” tambahnya.

Menurutnya lagi, hal ini adalah tanda berkatnya niat murni mewujudkan institusi ini yang bermula daripada ikhtiar perseorangan dan keluarga sehingga diangkat oleh Baginda Sultan dengan menjadikan institusi pengajian yang lengkap dengan kompleks bangunan dan tenaga akademik serta peneraju dan pengurusnya.”

Sesungguhnya itulah contoh wawasan raja yang berhemat tinggi lagi bersemangat memartabatkan syiar Islam sebagai agama Allah yang membawa rahmat kepada Negara Brunei Darussalam dan segenap isinya.

Yang Berhormat Pehin seterusnya berkata, walaupun institut ini sangat menumpukan kepada bidang hafalan Al-Quran, prestasi pengajian akademik pelajarnya turut diberikan perhatian dan dalam peperiksaan awam iaitu Peperiksaan Brunei Cambridge GCE A Level serta SijiI Pelajaran Ugama Brunei, pelajar-pelajar institut ini secara berterusan memperoleh keputusan peperiksaan yang sangat memberangsangkan.

“Sebahagian daripada pelajar yang mencapai kelulusan memberangsangkan ini berpeluang meneruskan pengajian tinggi mereka untuk menjadi profesional dalam bidang lain di Iuar perkhidmatan agama,” tambahnya.

Duli Yang Teramat Mulia berkenan bergambar ramai bersama graduan-graduan ITQSHHB.
Duli Yang Teramat Mulia berkenan bergambar ramai bersama graduan-graduan ITQSHHB.

pg08_160909_d

Dalam sembahnya itu, Yang Berhormat Pehin berkata, ITQSHHB dengan kerjasama Pusat Pengajian dan Penyebaran AI-Quran MABIMS sedang menganjurkan Skim Kefahaman AI-Quran.

Menurut beliau, skim tersebut menyasarkan penyertaan daripada agensi-agensi kerajaan, agensi-agensi bukan kerajaan serta persatuan-persatuan yang antara lain bertujuan untuk menyebarkan kefahaman isi kandungan AI-Quran yang akan dapat meningkatkan penghayatan dan seterusnya dapat melahirkan generasi yang memahami kitab suci AI-Quran.

Yang Berhormat Pehin berharap, usaha murni institut berkenaan dapat diteruskan dan diperkembangkan dan negara secara keseluruhan dapat meraih keberkatan, manfaat serta syafaat daripada kitab suci AI-Quran duniawi dan ukhrawi.

ITQSHHB ditubuhkan pada 1 Januari 1993 dengan pengambilan pertama seramai 45 orang pelajar.

Terdahulu itu, persembahan hafazan ayat-ayat Suci Al-Quran daripada Surah Al-Mulk ayat 12 hingga ayat 19 disampaikan oleh Awang Muhd Zubair bin Haji Zaini sementara intisari ayat dibacakan oleh Awang Hezqyl bin Haji Hambali diikuti dengan sembah alu-aluan daripada Menteri Hal Ehwal Ugama.

Majlis turut diserikan dengan ceramah khas disampaikan oleh Timbalan Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad dengan tajuk, Al-Quran Sumber Utama Kemajuan Umat Manusia Sejagat.

ARTIKEL YANG SAMA