11 maut bangunan runtuh di Guinea-Bissau

11 maut bangunan runtuh di Guinea-Bissau

BISSAU, 5 Ogos (AFP) – Sebuah bangunan empat tingkat di Guinea-Bissau runtuh, mengorbankan 11 orang termasuk dua anak damit, sumber hospital dan penduduk tempatan memberitahu AFP semalam.

Kemalangan itu berlaku pada Isnin lepas di bandar Canchungo ke utara negara Afrika barat yang miskin.

Pasukan penyelamat menemui empat mayat daripada runtuhan bangunan pada Isnin dan tujuh lagi pada semalam, kata sumber hospital.

Dua anak damit, berusia enam dan lapan bulan, adalah di antara mangsa, tambah sumber itu. Dua orang lagi mengalami kecederaan.

Seorang penduduk tempatan berkata bangunan itu dimiliki oleh doktor tradisional yang menerima para pesakit ketika ia runtuh. Beberapa orang kanak-kanak turut menonton perlawanan bola sepak di tingkat empat.

Jurubina Batica Pereira memberitahu stesen radio bahawa punca bangunan itu runtuh adalah akibat kegagalannya memenuhi standard keselamatan.

“Asas bangunan tidak mampu menyokong lebih dari satu tingkat,” katanya.

Guinea-Bissau, bekas jajahan Portugal yang meraih kemerdekaan pada 1974, berada pada rangking negara paling bawah dari segi Indeks Pembangunan Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.