11 maut bas langgar lori

11 maut bas langgar lori

JAKARTA, 3 Dis (dpa) – Sebelas orang terbunuh dan lapan cedera parah hari ini apabila sebuah bas melanggar sebuah lori di wilayah Jawa Barat, Indonesia, menurut polis.

Bas tersebut dipandu dengan kelajuan tinggi apabila ia melanggar bahagian belakang lori di lebuh raya daerah Subang pada awal pagi, kata ketua polis setempat Wijonarko.

Pemandu bas mungkin dalam keadaan mengantuk, katanya.