11 maut bom Taliban meledak

11 maut bom Taliban meledak

ASSADABAD, Afghanistan, 25 Sept – Seramai 11 orang termasuklah empat orang awam terbunuh apabila alat letupan militan Taliban meledak tidak disangka-sangka di wilayah timur Kunar malam semalam, ketua polis wilayah itu Juma gul Hemat berkata hari ini.

“Sekumpulan pemberontak Taliban sedang menanam periuk api di sebatang jalan raya di daerah Dangan malam semalam untuk disasarkan kepada konvoi pasukan keselamatan, tetapi alat itu meledak tidak disangka-sangka dan membunuh 11 orang termasuklah tujuh militan dan empat orang awam yang sedang melintas di tempat kejadian itu,” Hemat memberitahu para pemberita di sini.

Para militan Taliban yang sebahagian besarnya bergantung pada pengeboman tepi jalan dan pengeboman berani mati belum lagi mengulas tentang kejadian ini.

Kunar, dengan Assadabad sebagai ibu negerinya, 185 km timur Kabul telah menjadi medan pemberontakan yang diketuai Taliban dalam tempoh satu dekad lalu. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA