11 maut cuaca buruk di Papua

11 maut cuaca buruk di Papua

JAKARTA, 16 Julai – Bantuan sudah dihantar ke tiga daerah di wilayah pedalaman Papua di Indonesia selepas keadaan cuaca buruk yang menyebabkan 11 orang maut bulan ini, menurut laporan hari ini.

Beras, kain selimut dan barangan perubatan bersama-sama para pekerja kesihatan diterbangkan ke daerah Kuyawage, Wanua Barat dan Gua Balim semalam, kata pegawai kerajaan Christian Siholait, menurut laman sesawang berita Tempo.co.

“Para penduduk tidak bersedia untuk berdepan dengan keadaan cuaca yang melampau sekarang,” kata Siholait.

Sebelas orang meninggal dunia akibat cuaca sejuk dan kebuluran sejak awal bulan ini, kata jurucakap polis Papua, Rudolf Patrige.

Wilayah tersebut mengalami hujan ketulan air batu selama beberapa hari sejak 10 Julai dan cuaca dengan suhu serendah sifar 3 darjah Selsius yang memusnahkan tanaman.

“Penduduk-penduduk masih mengamalkan sistem penanaman konvensional jadi apabila perubahan cuaca mendadak ini berlaku tanaman mati,” Patrige dipetik sebagai berkata.

Papua adalah salah satu wilayah paling miskin di Indonesia, meskipun kata dengan sumber-sumber semula jadi. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA