11 maut dalam kemalangan jip dan lori di India

11 maut dalam kemalangan jip dan lori di India

NEW DELHI, 23 Feb (Bernama) – Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan lapan yang lain cedera selepas kenderaan jip membawa penumpang itu bertembung dengan sebuah lori di utara negara bahagian India, Uttar Pradesh, kata pegawai kelmarin.

Agensi berita Xinhua China melaporkan bahawa kemalangan itu berlaku pada malam Ahad, berhampiran Bundelkhand, di daerah Jhansi, kira-kira 310 kilometer selatan bandar Lucknow.

“Malam tadi sebelas orang terbunuh di sini apabila jip yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di sini, manakala tiga orang mati di tempat kejadian, lapan meninggal dunia semasa rawatan di hospital,” kata seorang pegawai kanan polis.

ARTIKEL YANG SAMA