11 maut dalam nahas loji aluminium

11 maut dalam nahas loji aluminium

BEIJING, 23 Jun (AP) – Laporan media kerajaan mengata-kan 11 pekerja telah terkorban dalam satu kemala-ngan di kilang penapisan aluminium di tengah China.

Kemalangan kelmarin itu berlaku di Syarikat Aluminium sebuah kemudahan China di bandar Zhengzhou yang terjadi apabila peralatan yang para pekerja sedang tanggalkan telah runtuh menghempap mereka.

Agensi Berita rasmi Xinhua berkata lapan yang lain cedera.

Seorang pegawai dari bandar kerajaan Zhengzhou mengesahkan jumlah kematian itu hari ini namun enggan memberi butiran atau nama mereka.

ARTIKEL YANG SAMA